Day 8 : A Picture Of My Favorite Memory

DAY 8 : A PICTURE OF MY FAVORITE MEMORY

Assalamualaikum

Gambar yang jadi kegemaran zati unti dijadikan kenangan adalah gambar arwah mak dan ayah. Sebab dah tiada apa lagi nak dijadikan kenangan dengan arwah, hanya gambar dan nasihat je jadi pegangan zati dan adik.

Hanya gambar sebagai pengubat rindu
Gambar ni paling zati suka. Ni je lah yang ada sebagai pengubat rindu kami dua beradik terhadap arwah mak dan arwah ayah. Kenangan sepanjang hidup dengan arwah memanga tak boleh lupa. Gelak, tawa, nangis, kena marah semua ada.

Zati rapat dengan arwah mak. Kemana pon mak mesti pergi dengan zati. Kami dah macam kawan.Segala cerita zati akan cerita dekat mak, tak pernah berahsia. Mak lah selalu jadi backup zati haha.

Rindu tu Allah je yang tahu betapa zati dan adik rindukan arwah mak dan arwah ayah. Hanya doa kami kirimkan.

Al-Fatihah...

1 comment: