Tips Penjagaan Kulit Muka



Harini Zati nak share sikit pasal penjagaan kulit muka. Sebenarnya Zati ada masalah kulit muka berminyak. Kadang-kadang ada jugak jerawat gedik muncul hahahahaha .. 

Okay Zati bagi tahu cara Zati cuci muka setiap hari.

~ Setiap kali mandi Zati akan cuci muka dengan cleanser 
~ Lepas dah cuci muka semua , Zati akan sapu toner
~ Selesai toner , Zati akan apply serum.Best pakai serum ni. Terus meresap penuh perasaan dalam        kulit hehehe 
~ Dah tu Zati akan pakai cream siang. Atau kalau korang ada sunblock pon boleh pakai untuk gantikan cream siang tu. Nak pakai dua-dua pon boleh.. Double protection hahaha..

 Haaa..yang ni cara Zati.. Kat bawah ni Zati share kan yang Zati ada jugak baca kat tempat lain. 

Tips Penjagaan Kulit Muka Berminyak Dan Berjerawat

1) Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak


2) Elakkan makanan yang berminyak

3) Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu.)

4) Elakkan makanan seperti kacang tanah. (terpulang kepada kulit individu.)

5)  Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.

6) Amalkan Vitamin C 500mg. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.

Terima Kasih Sudi Baca. Tinggalkan Komen Ya!

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Kita semua dah tahu waktu-waktu mustajab untuk kite memohon doa dari Allah swt .
Salah satu nya waktu hujan. Jom kita ambil kesempatan ini untuk memohon kepada Allah swt apa sahaja yang kita hajatkan. Berdoalah seikhlas hati. Mintalah kepadaNya .

DOA-DOA KETIKA HUJAN, SEMASA HUJAN DAN SELEPAS HUJAN.

1. Ketika Turun Hujan

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ
"Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yg bermanfaat” (HR al-Bukhari no 1032 dan Nasa'i no 1506)
Status hadith: Sahih

2. Apabila Hujan Lebat.

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ
"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.” (HR al-Bukhari no 957, 958 dan Nasa'i no 1510)
Status hadith: Sahih

3. Usai Hujan Turun.

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ
"Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah." (HR. al-Bukhari no 846, 980, 3832, Muslim no 104 dan Abu Daud no 3407)
Status hadith: Sahih

Wallahua'lam

Sama-sama kita manfaatkan..

Terima Kasih Sudi Baca. Tinggalkan Komen Ya!